5 Ciptaan Masyarakat Zaman Dahulu Yang Melangkaui Zaman

archimedes burning mirror
Kita rasa teknologi kita moden dan tiada tandingan. Tetapi daripada beberapa aspek, masih banyak sebenarnya kemahiran yang dimiliki oleh tamadun manusia zaman moden gagal mengulangi penciptaan-penciptaan yang telah berjaya dibangunkan manusia zaman terdahulu.Sehingga kini banyak rekod serta catatan sejarah yang membingungkan kita - kerana ada masanya penciptaan masyarakat zaman dahulu kita rasakan mustahil untuk mereka lakukan; tetapi buktinya ada.
Berikut adalah lima alat ciptaan masyarakat zaman dahulu yang melangkaui zaman, yang membuktikan kemahiran dan idea orang-orang terdahulu sebenarnya telahpun berkembang pesat walaupun tanpa teknologi informasi yang kita ada sekarang.

1. Tiang besi Delhi

the iron pillar of delhi
Tiang yang membingungkan penyelidik sehingga kini, tiang besi Delhi yang terletak dalam sebuah masjid mempunyai ketinggian 24 kaki, berat anggaran 6 tan dan diperbuat hampir 98% sepenuhnya menggunakan besi tempa. Permukaannya juga diukir dengan corak-corak serta motif.
Dipercayai ditempa sekitar tahun 300, apa yang menghairankan pengkajinya adalah kekuatan besi yang digunakan dalam binaan tersebut yang langsung tidak mempunyai kesan kerosakan yang biasanya akan berlaku pada logam besi, walaupun selepas 1700 tahun usianya.Apa yang lebih membingungkan, selepas tempoh tersebut - tiang itu sepatutnya sudah pun lenyap dimakan kesan persekitaran, tetapi sehingga kini tetap tegak berdiri.

2. Besi Damascus

besi damascus
Sangat terkenal sebagai salah satu adunan besi terbaik dalam sejarah, besi damacus sangat mudah dikenali kerana corak pada besinya yang unik dan terus menjadi misteri beratus tahun lamanya.
Dinamakan sempena nama ibu negara Syria iaitu bandar Damascus, pada zamannya, besi damascus merupakan antara logam yang terkuat mampu dihasilkan dan dijadikan pilihan untuk dibuat senjata, seperti pedang dan pisau.
Kajian pada zaman moden mendapati besi yang terhasil merupakan gabungan beberapa bahan logam yang bersaiz nano partikel, diadunkan dengan fiber-fiber berasaskan tumbuhan yang menyebabkannya mempunyai kekuatan jauh melebihi campuran besi lain pada zamannya.

3. Seismoskop Zhang Zhang

seismoscope china zgang zhang

Bagaimana masyarakat zaman dahulu mengesan aktiviti gempa bumi? Salah satu peranti yang telah dibangunkan merupakan sebuah seismoskop pada tahun 132 oleh inventor China bernama Zhang Zhang. Diperbuat daripada gangsa, seismoskop ini mempunyai ketinggian 6 kaki.
Digelarkan sebagai 'houfeng didong yi' dalam bahasa tempatan, alat ini dibina dengan tujuan untuk mengukur kelajuan angin serta pergerakan bumi di negara China, yang ketika itu kerap berlaku gempa bumi.
Kisah yang pernah diceritakan tentang alat ini menyebut penduduk di sebuah kawasan di wilayah Gansu melalui gempa bumi yang agak kuat gegarannya. Pihak pemerintah dinasti Han ketika itu berjaya merekodkan bacaan menggunakan ciptaan Zhang Zhang walaupun mereka berada 2,000 km daripada lokasi gegaran. Itu adalah kali pertama instrumen bersifat saintifik berjaya merekodkan aktiviti gegaran bumi.

4. Mekanisme Antikythera

mekanisme antikythera
Boleh dikatakan sebagai sebuah komputer, mekanisme unik yang dinamakan antikythera adalah ciptaan orang Greek zaman dahulu yang mampu meramal kedudukan bintang serta detik akan berlakunya gerhana matahari dan bulan.
Ditemui hanya pada tahun 1900 di Pulau Antikythera, usianya dianggarkan sekitar 2200 tahun kerana dipercayai dibuat sekitar tahun 200BC. Dengan menggabungkan tuil dan beberapa gear yang perlu digerakkan dengan tangan, penggunannya perlu merujuk kepada rajah yang dilukiskan pada badan mekanisme tersebut untuk mengetahui maklumat yang dicari.Satu-satunya penemuan artifak ini malangnya berada dalam keadaan tidak lengkap, kerana pemutarnya tidak ditemui. Usaha mencipta semula peranti ini berjaya membuktikan kehebatan masyarakat Greek zaman dahulu, kerana hanya sekitar abad ke 14 sistem serupa berjaya dibangunkan dalam membina jam mekanikal.

5. Cermin dan meriam Archimedes

acrchimedes cermin suria
Namanya cermin Archimedes, tetapi tujuannya dicipta bukanlah untuk berhias tetapi merupakan satu senjata yang agak menakutkan impaknya. Dalam sejarah Greek, Archimedes dikatakan pernah menggunakan cermin untuk menyerang dan membakar kapal orang Rom.Cermin itu dikatakan mampu membiaskan cahaya matahari, menumpukannya pada kapal sehingga mampu menghasilkan api.
Bagaimanapun, pendapat ini dikatakan kurang tepat kerana amat sukar untuk diperolehi semula hasilnya walaupun tidak mustahil dilakukan.
archimedes death ray burning mirror
Beberapa cubaan mendapatkan semula kesan serupa berdepan kegagalan, khasnya melibatkan rancangan sains popular Mythbuster. Bagaimanapun, pada tahun 2005 sekumpulan pelajar dari Massachussette Institute of Technology berjaya melakukannya namun perlu mencipta keadaan dan situasi yang sesuai untuk pembakaran boleh berlaku - menunjukkan besar kemungkinan ciptaan Archimedes itu sangat tidak sesuai untuk digunakan semasa perang.
Satu penemuan lain yang dilaporkan pada tahun 2010 mengatakan Archimedes sebenarnya telah pun mencipta sejenis meriam berkuasa wap yang mampu menggunakan air untuk menembak bola-bola tanah liat kepada kapal Rom. Meriam itu dikatakan mampu menembak bola itu pada kelajuan 215 km/j dari jarak 492 kaki.

Comments

Popular Posts