7 kerajaan yang digulingkan dengan bantuan CIA

Seperti yang kita ketahui, CIA merupakan salah satu badan perisikan yang paling terkenal di dunia. Banyak teori konspirasi yang dikaitkan dengan agensi ini dan ada sebahagiannya yang telah terbukti benar.
Sepanjang abad ke-20, agensi ini banyak terlibat dengan campur tangan perihal negara luar apabila Amerika menjadi salah sebuah kuasa besar dunia. Mereka bertanggungjawab menjatuhkan pemimpin besar dunia yang lain jika dilihat sebagai ancaman kepada Amerika dan sekutunya.Berikut adalah 7 peristiwa berbeza CIA terlibat dalam rampasan kuasa atau penggulingan sesebuah kerajaan luar yang kini tercatat dalam sejarah. 

Iran (1953)

tangkapan mossadegh 922
Pada tahun 1951, Mohammad Mosaddegh telah naik berkuasa di Iran dengan berjanji akan menasionalkan apa yang beliau mampu. Hal ini disambut baik oleh kebanyakan rakyat Iran yang telah muak dengan pihak British yang menguasai hampir kesemua syarikat besar mereka.
Populariti Mosaddegh melonjak naik apabila dia menjadikan pengeluaran minyak sebagai hasil negara sepenuhnya. Hal ini tidak disenangi oleh British yang kemudian meminta bantuan sekutunya iaitu Amerika bagi menangani Mosaddegh. Pada tahun 1953, Presiden Amerika iaitu Eisenhower telah menghantar CIA ke Iran.
mossadegh cia
Rampasan kuasa di Iran telah menjadi piawaian asas bagi campur tangan CIA. Dengan kerjasama dari M16 British, mereka telah mengatur plot, mengedarkan dana, merasuah ahli politik dan pihak atasan tentera serta menyebarkan propaganda. Akhirnya Mosaddegh digulingkan dan digantikan dengan Shah Iran.
Malangnya, Shah (Sultan) Iran juga seorang diktator yang menindas dan akhirnya digulingkan pada 1979 dan digantikan dengan gerakan  Revolusi Syiah. Kini revolusi ini pula yang menjadi perbalahan dunia berkenaan senjata nuklear.

Guatemala (1954)

jacobo arbenz
Semasa Mosaddegh diundi untuk menerajui Iran, Jacobo Arbenz juga dilantik untuk mengetuai sebuah negara kecil Amerika Tengah. Arbenz juga seperti Mosaddegh apabila ingin menasionalkan aset negara yang dikuasi oleh syarikat barat. 
Di dalam kes Guatemala ini, ia melibatkan tanah yang dikuasai oleh United Fruit Company. CIA melakukan hal yang sama di Iran iaitu membantu tentera untuk membuat rampasan kuasa dan mengguling Arbenz.
rampasan kuasa guatemala
Seperti biasa, CIA kemudian melantik pemerintah baru yang mesra Amerika dan juga sorang diktator. Dari satu sudut yang baik ialah rampasan kuasa ini berlangsung dengan hampir tanpa pertumpahan darah. Namun, kesan buruknya ialah pemerintahan kuku besi yang dinaikkan telah memakan tuan sama seperti Iran.

The Congo (1960)

patrice lumumba
Pada tahun 1960, Congo Belgium (kini Republik Demokrasi Congo) baru sahaja mengishtiharkan kemerdekaan mereka. Perdana Menteri baharu iaitu Patrice Lumumba, berusaha agar penjajah Belgium tidak kembali semula ke negara mereka. 
CIA tersalah anggap bahawa permusuhan Lumumba terhadap syarikat-syarikat besar Belgium itu dan melihat beliau sebagai anti kapitalisma. CIA kemudian menimbulkan ketegangan dengan pihak tentera yang mahukan Lumumba mati.
Lumumba mulai sedar apa yang sedang berlaku dan meminta sokongan daripada Kesatuan Soviet semasa Krisis Congo. Pada ketika ini pihak CIA tidak perlu berbuat apa-apa lagi kerana perang psaikologi mereka telah berjaya. 
patrice lumumba 2
Kerana khuatir dengan sokongan dari Kesatuan Soviet, Presiden Congo telah mengarahkan agar Perdana Menteri itu ditangkap (dengan bantuan tentera Amerika) dan dijatuhkan hukuman bunuh.
Ini adalah salah satu penggulingan di mana CIA hanya memainkan peranan kecil tetapi besar impaknya. Kematian Lumumba merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Republik Demokrasi Congo.

Republik Dominica (1961)

rafael trujillo
Pada tahun 1961, Rafael Trujillo mungkin dianggap lelaki paling dibenci di dunia. Dia adalah diktator Republik Dominica yang telah memenjarakan puluhan ribu rakyatnya, membunuh penentangnya dan melakukan penghapusan etnik dengan membunuh ribuan pendatang Haiti.
Bukan setakat itu sahaja, malah dia juga pernah melakukan percubaan untuk membunuh Presiden Venezuela. Sehingga hari ini, dia telah dianggap sebagai salah seorang diktator paling teruk Amerika Latin.
Dalam kata lain, kematian beliau akan menjadi kejayaan bagi pihak CIA. Agensi itu telah merancang pembunuhan Trujillo namun pada ketika itu jugalah terjadi penaklukan Amerika ke atas Cuba yang dikenali sebagai Bay of Pigs. Presiden Kennedy mengarahkan agar CIA berundur dari Republik Dominica. CIA hanya meninggalkan 3 pucuk senapang M1 kepada perancang pembunuhan Trujillo.
pembunuhan rafael trujillo
Pada suatu malam tahun yang sama, ketika Trujillo memandu pulang selepas berjumpa wanita simpanannya, dia telah ditembak mati oleh pembunuh upahan. Kemudian pada tahun 1965, tentera Amerika menakluk Republik Dominica untuk menghabiskan saki-baki junta tentera Trujillo dan menaikkan kerajaan yang dikawal mereka.

Vietnam Selatan (1963)

ngo dinh diem
Pada tahun 1954, Ngo Dinh Diem telah dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Vietnam oleh Ketua Negara, Bao Dai. Namun, setahun kemudian Ngo Dinh Diem telah menggulingkan Bao Dai dan menubuhkan Republik Vietnam dengan menamakan dirinya sebagai Presiden  yang pertama.
Dinh Diem juga merupakan ketua Kristian Katolik yang memerintah negara Buddha itu. Semasa pemerintahannya, Diem sering menindas rakyat yang agama Buddha. Presiden John F. Kennedy berasa jelek dengan penindasan itu telah mengarahkan agar Diem dihapuskan.
rusuhan vietnam selatan
Kemudian pada tahun 1963, jeneral tentera Vietnam Selatan telah berjumpa dengan wakil CIA di Vietnam. Mereka bertanya adakah CIA akan memberi bantuan dan menyalurkan dana jika mereka menggulingkan Dinh Diem dalam rampasan kuasa? CIA bersetuju.
Pada November 1, pihak tentera berjaya menggulingkan dan membunuh Diem serta adiknya di dalam rampasan kuasa itu. Walaupun kebanyakan rakyat menyokong tindakan tentera, tetapi beberapa lagi rampasan kuasa yang berlaku selepas itu telah melemahkan Vietnam Selatan untuk memerangi Komunis di Vietnam Utara.

Brazil (1964)

joao goulart
Pada tahun 60-an, negara terbesar Amerika Latin iaitu Brazil diperintah oleh Joao Goulart, seorang pejuang kebebasan dan seorang yang berhaluan kiri. Dia juga mempunyai hubungan dengan rejim Komunis di China. Hal ini menarik perhatian CIA yang inginkan dia dihapuskan.Mengetahui bahawa tentera Brazil terbuka kepada rampasan kuasa, CIA telah merancang protes jalanan terhadap Goulart. Pihak CIA menghantar minyak, senjata dan maklumat logistik kepada dalang rampasan kuasa.
rampasan kuasa brazil
Akhirnya mereka berjaya dalam rancangan rampasan kuasa ini apabila kerajaan Goulart tumbang dalam masa hanya 2 hari sahaja. Namun apa yang terjadi selepas itu tidak langsung disangka oleh CIA.
Brazil telah diperintah oleh diktator junta tentera selama 20 tahun lamanya. Rejim kejam itu telah membunuh ramai ahli politik pembangkang, menyeksa mereka yang berhaluan kiri malah dilaporkan menyalib sesetengah musuh mereka. Ini bukanlah apa yang diharapkan oleh CIA.

Chile (1973)

salvador allende
Ini adalah rampasan kuasa yang didalangi CIA terbesar dalam sejarah. pada 1970, Salvador Allende telah menjadi presiden Chile. Dia merupakan satu-satunya presiden yang berfahaman Marxis di Amerika Selatan yang naik berkuasa melalui proses demokrasi yang sah.Rumah Putih telah dikejutkan dan panik apabila negara itu dengan relanya mengumumkan akan menjadi sebuah negara Komunis. Sebaik sahaja Allende memulakan tugasnya, CIA telah merancang satu rampasan kuasa terhadapnya.
Namun mereka gagal dan menghabiskan 3 tahun seterusnya merancang untuk rampasan kuasa sekali lagi dengan menyekat ekonomi Chile dan juga berkongsi maklumat dengan pihak tentera yang inginkan Allende mati.
rampasan kuasa chille
Apa yang terjadi seterusnya ialah Tentera Udara Chile telah mengebom Istana Presiden pada 11 September 1973 dan Allende telah membunuh diri. Seorang jeneral bernama Augusto Pinochet yang mengetuai junta tentera telah memerintah selama 15 tahun berikutnya.
Dia telah memeras ugut rakyat melalui sistem percukaian yang diperkenalkan, mencuri lebih dari $17 juta, membunuh lebih 3000 pembangkang dan menyeksa lebih dari 28,000 orang. Mengikut rekod ini dia adalah jauh lebih teruk daripada Allende.

Comments

Popular Posts