Mengapa Umat Islam Menyambut Hari Raya Aidilfitri?

iluminasi sejarah hari raya2
1. Menurut sejarah, sebelum ajaran Islam, masyarakat Arab di Madinah menyambut dua hari raya yang digelarkan hari an-Nairuz dan al-Mahrajan, yang disambut dengan tarian, nyanyian serta minuman memabukkan.
2. Hari Raya Aidilfitri pertama disambut oleh umat Islam selepas berlakunya perang Badar pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika pertama kali kewajipan menunaikan ibadah puasa diturunkan.
3. Sambutan raya itu dilakukan untuk meraikan kemenangan tentera Islam dalam perang Badar dan juga kejayaan umat Islam menunaikan kewajipan puasa untuk kali pertama.
iluminasi sejarah hari raya4 279
4. Perang Badar adalah antara perang paling penting dalam sejarah umat Islam yang berlaku di bahagian barat Semenanjung Arab, melibatkan pertempuran di antara 313 orang tentera Islam gabungan 82 orang Muhajirin dan 231 orang Ansar, untuk menawan kembali harta mereka yang telah dirampas di Mekah yang ditinggalkan ketika berhijrah.
5. Selepas mendapat kemenangan dalam perang Badar ketika sedang mengerjakan ibadah puasa, Rasulullah saw. mengarahkan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
iluminasi sejarah hari raya 289
6. Rasulullah saw. menggalakkan pemakaian pakaian baru dan mengamalkan sedekah ketika hari raya Aidilfitri berdasarkan satu kisah seorang sahabat yang tiada baju baru untuk sambutan hari raya. Rasulullah saw. kemudian meminta mana-mana sahabat beliau menyumbangkan persalinan pada dia yang memerlukan.
7. Perayaan Aidilfitri adalah satu ibadah berdasarkan hadis diriwayatkan Tabrani daripada Ubadah bin Soib, Rasulullah bersabda - "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari Kiamat."
iluminasi sejarah hari raya5
8. Ibadah zakat juga buat pertama kalinya diperhalusi dengan pensyariatan zakat fitrah ke atas umat Islam, di mana Rasulullah saw. memperkenalkan satu bentuk sistem yang memperincikan keperluan, amaun, syarat sah dan syarat penerima ke atas zakat.
9. Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Islam bukanlah acara untuk bermewah-mewah atau berbelanja berlebih-lebihan. Islam amat menganjurkan agar umatnya bersederhana dalam melakukan persiapan.
iluminasi sejarah hari raya3
10. Pada zaman sekarang, Aidilfitri adalah hari sambutan masyarakat Islam meraikan kejayaan mengawal nafsu makan dan minum serta perkara yang dilarang, sepanjang bulan Ramadan.

Comments

Popular Posts