10 Panglima Perang terhebat dalam Islam!: Wira-wira penggegar sejarah dunia!
Sejarah Umat Islam tidak pernah lekang dari kehebatannya di medan tempur. Dari segi semangat juangnya dan juga kehebatan Pemimpin yang memimpin peperangan tersebut. Terlalu banyak peperangan hebat yang boleh diceritakan, namun disebaliknya itu ada panglima berkaliber yang memimpin pasukan tentera Islam memenangi Agama Allah!
Dari segi taktikalnya, kalibernya dan karismanya sebagai panglima yang memimpin beratus-ratus tentera, siapakah mereka yang berjaya mengharumkan nama orang Islam di dalam medan tempur
10. Barbarossa Bersaudara
Peminat Pirates Of Carribean mesti tahu watak Barbarose di dalam filem tersebut. Watak protagonist utama ini ada sebab kenapa dijadikan wataknya kuat dan menakutkan. hal ini kerana nama Barbarosse ini merupakan nama keluarga bagi dua tokoh Islam yang terkenal di Eropah yang bernama Aruj dan Kheyruddin Barbarosse.
Mula merompak dan melanun orang-orang eropah dan kristian selepas keluarga mereka dibunuh tanpa alasan oleh Knight Of Rhodes. Kedua mereka ini sangat digeruni oleh orang eropah kerana kerja lanun mereka yang sangat hebat. Tawanan diberi dua pilihan, Mati kerana melawan dan hidup kerana menyerah kalah.
Namun selepas kekalahan kejatuhan Andalusia, motif balas dendam mereka bertukar menjadi jihad dan mereka menyelamatkan beratus2 orang Islam dan yahudi yang diusir keluar dari Andalusia Sepanyol. Sebagai penghargaan, Sulaiman I Uthmaniyyah telah melantik mereka sebagai panglima tentera laut Turki. Dan dibawah mereka, perairan Turki merupakan salah satu tempat paling bahaya untuk dicerobohi!
9. Saifudin Al Qutuz
" kalau kamu mendengar kekalahan tentera Monggol, jangan percaya" Merupakan ayat popular yang menggambarkan betapa tidak terkalahkannya tentera Monggol ini. Memang tidak dinafikan, satu persatu wilayah kerajaan jatuh dirempuh pasukan berkuda dan pemanah handal yang terkenal kejam dan tidak berperikemanusiaan. Empayar mereka terbentang luas dari Korea sehingga Poland hari ini. Empayar Khalifah islam juga habis dijarah oleh Tentera ini, kota agung Baghdad menyembah bumi jua.
Disaat pemimpin-pemimpin Islam menghina diri mereka dengan meminta perlindungan dan keamanan dari Pemimpin Monggol, Hulagu Khan, ada seorang sultan yang bangkit mempertahankan maruah islamnya. Beliau ialah Saifudin Muzaffar Al Qutuz dari kesultanan Mamluk yang memerintah Mesir.
Dengan berkerjasama dengan tentera Salib(atas dasar dan motif yang sama, untuk menghalang Monggol) Saifudin Al Qutuz berjaya mengalahkan Tentera Monggol di Wadi Ain Jalut sekaligus menamatkan riwayat panglima perang Monggol, Kitbuga yang angkuh!
8. Saad Bin Abi Waqas
Salah seorang sahabat pertama yang masuk islam dan dijamin Syurga Allah ini, dikatakan sebagai orang pertama yang melemparkan panah di jalan Allah. Malah dia satu-satunya orang yang Rasulullah 'tebus' dengan kedua ibu bapanya sebagaimana hadis....
اِرْمِ سَعْدُ … فِدَاكَ أَبِيْ وَأُمِّيْ
Panahlah, wahai Saad, sesungguhnya tebusanmu ialah Bapa dan Ibuku
Saidina Umar sendiri mengakui Saad di dalam kepimpinan, sewaktu beliau ditikam, beliau memanggil semua sahabat yang dijamin Syurga termasuk Saad untuk bermusyawarah melantik Khalifah baru. Kemudian dia berkata,
Jika Saad yang terpilih, maka dialah. jika selain dia, maka hendaklah dia ada (Untuk membantu) dalam kepimpinan
Peperangan paling terkenal yang dipimpinnya ialah perang Qadisiyyah diantara umat Islam melawan Majusi Parsi yang dipimpin oleh Rustum dengan jumlah tentera Islam yang hanya 3000 orang melawan 100 000 orang tentera Parsi. Dengan kebijakan taktikal dan bantuan Allah, beliau berjaya memenangi peperangan ini.
7. Abu Ubaidah Al Jarrah
إِنَّ لَكُمْ أُمَّةً أَمِيْنًا، وَإِنَّ أَمِيْنَ هذِهِ اْلأُمَّةِ أَبُوْ عُبَيْدَةَ بْنُ اْلجَرَّاحِ“Sesungguhnya setiap umat memiliki orang kepercayaan, dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.“
Tiada siapa lagi yang mendapat penghormatan apabila dipegang tangannya oleh tangan kanan Rasulullah dan Baginda bersabda sedemikian. Salah satu orang kelompok pertama yang masuk Islam dan juga 10 sahabat yang dijamin Syurga Allah.
Didalam perang Badar, Abdullah telah membunuh ayahnya sendiri yang ketika itu merupakan salah satu tentera musyrikin. Dan beliau juga dikenali sebagai 'Orang Kuat terpercaya' oleh Rasulullah apabila beliau dihantar Rasul untuk menghakimi kaum nasrani tentang perselisihan harta.
Kemudian beliau menjadi panglima tentera yang telah menang berturut turut menakluk wilayah syam sehingga semua Wilayah Syam berada di dalam taklukan umat Islam.
6. Muawiyah Bin Abi Sufyan, Kaisar Bangsa Arab
Daripada Bani Umaiyah yang begitu Kontras dengan bani Hisyam, terkenal kerana kemahiran berpolitik, dan mendapat pangkat Khalifah dari Cucu kesayangan Rasulullah, Hasan disaat perpecahan Umat islam yang paling teruk selepas kematian Nabi Muhammad.
Munculnya kelompok Syiah dan Khawarij telah mengeruhkan keadaan sekaligus menjadikan pemerintahan Islam terancam dan akan runtuh jika tidak diambil tindakan. Tetapi kerana kehebatannya memerintah dan berpolitik, beliau berjaya menyatu padukan umat Islam kembali dan mencapai zaman kemakmuran kembali pada zamannya. Sekaligus menjadi pemimpin pertama yang mengamalkan Monarki di dalam sistem pemerintahan Islam.
Beliau telah menubuhkan armada laut semasa kekhalifahan Umaiyah dan menakluk pulau Cyprus dan Rhodes. beliau juga panglima pertama yang melakukan kepungan ke atas Konstantinopel yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin sebelumnya.
5. Tariq Bin Ziyad
Mungkin perkataan Badass cukup sesuai untuk mendefinisikan sosok ini. Beliau ialah penakluk Andalusia. Diperintahkan untuk mendahului dahulu pergi ke Sepanyol dan menunggu tentera Musa Nusair yang meurpakan gabenur Afrika utara. Apabila mereka mendarat di gunung Gibraltar( Dinamakan Jabel tariq) Gunung Tariq tetapi orang Sepanyol tidak boleh menyebutnya maka disebut Gibraltar), Tariq telah memerintahkan semua kapal-kapal dibakar kemudian beliau mengungkapkan ucapan lagendanya..
Syahid atau MenangKemudian beliau telah memmipin tentera serami 7000 orang sahaja untuk menentang raja Roderick yang merupakan pemerintah Sepanyol ketika itu dengan angkatan tentera 100000 orang dan Tariq dibantu dengan 5000 orang tentera Roderick yang berpaling tadah kerana kekejaman Roderick dalam memerintah. Tetapi berkat bantuan Allah, mereka berjaya mengalahkan raja Roderick walaupun dengan tentera yang sedikit dan tanpa bantuan tambahan dari Musa.
4. Salahuddin Al Ayubi
Dengan pedang yang boleh memotong Sutera di awangan dan kebijakan taktikalnya, tidak ada hujah lagi yang boleh menidakkan kehebatan panglima seorang ini. Malah beliau sangat terkenal di dunia barat dengan nama Saladin kerana kejayaan beliau merampas Palestin kembali dari tentera Salib dalam perang Hittin yang memalukan tentera Salib terutamanya musuh bebuyutannya, Richard The Lionheart.
3. Sultan Muhamad Al Fatih
".... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...."
Siapa yang dapat menakluk Konstantinopel, maka dia telah menakluk duniaSiapa yang cukup gila untuk merancang strategi sehinggakan tiga kapal bahtera dapat belayar di atas daratan ke atas puncak bukit dalam masa semalaman!? Malah dia juga berjaya mengalahkan Draculasebenar .
Disaat pemuda-pemuda kita masih berfoya-foya dan berhibur dengan apa jua bentuk hiburan, Khalifah Uthmaniyah ini sudah berjaya menjatuhkan sebuah Empayar agung yang tidak dapat diusik oleh mana -mana pemerintah Islam sebelumnya ketika berumur 21 tahun!
2. Khalid Al Walid
Digelar Pedang Allah dan beliau berjaya menjadikan gelaran itu sebagai Pedang Allah yang tidak dapat dipatahkan. Sepanjang kariernya, dia tidak pernah kalah dalam 100 peperangan meskipun cita-citanya adalah mati Syahid, namun Allah tidak akan membenarkan pedangnya patah.
Berjaya menundukkan keangkuhan Rom dan menjatuhkan kerajaan Parsi yang kedua-duanya ialah Empayar terkuat dan terbesar dizaman itu( Dizaman islam masih merupakan empayar baru yang kecil) dalam masa tidak sampai 3 tahun.
Peperangan Mutaah yang menunjukkan Quantiti vs Quality berjaya dimenanginya dengan berstrategi walaupun musuhnya ialah tiga kali ganda lebih besar dari tentera Islam. Ironinya, beliau jugalah panglima pertama yang mengalahkan umat Islam di dalam perang uhud akibat kesilapan ahli ahli pemanah islam.
1. Nabi Muhammad, Manusia Termulia dan Teragung.
Baginda ialah junjungan besar kita, yang paling kita sayangi. Setiap langkahnya diingati dan setiap perkataannya dijadikan rujukan dan contoh untuk beribu-ribu manusia dari seluruh dunia. Ada lagi ke manusia selain Baginda yang kata-kata dan perbuatannya dipegang sehingga hampir 1000 tahun lebih, sudah tentu tidak ada.
Kebijakan dalam peperangannya tidak dapat disangkal lagi terutamanya dalam peperangan Uhud. Kalau bukan kerana kesilapan pemanah2, sudah tentu Umat Islam akan memenangi peperangan kedua itu.
Junjung dan selawat ke atasnya, moga-moga kita termasuk daripada kalangan yang mendapat syafaatnya!
Comments
Post a Comment