Spyware untuk WhatsApp berkeupayaan mencuri Data dari Akaun Apple, Facebook, Google & Microsoft

Sebelum ini terdapat laporan mengenai kerentanan di dalam WhatsApp yang membolehkan sebuah spyware yang dikenali sebagai Pegasus disuntik ke dalam sesebuah telefon pintar hanya melalui panggilan suara.
Terkini, spyware berkenaan didapati berkeupayaan mencuri data pengguna melalui akaun-akaun yang dilog masuk mengguna telefon pintar yang dijangkitinya.Menurut laporan oleh Financial Times, sebaik sahaja spyware berkenaan berjaya menerobos telefon pintar mangsa, ia mampu mengakses dan mengumpulkan data dari akaun-akaun pengguna seperti Apple, Facebook, Microsoft, Google dan sebagainya.
Keupayaan terbaru ini merupakan peningkatan dari versi terdahulu yang hanya mampu mengumpulkan data secara terus dari storan dalaman telefon pintar mangsa.
Pegasus merupakan sejenis spyware yang dibangunkan oleh sebuah firma dari Israel yang dikenali sebagai NSO Group. Firma tersebut seringkali dikaitkan dengan reputasi membangun dan menjual perisian-perisian mencuri data untuk kerajaan dan agensi perisikan Israel dan juga beberapa negara lain.Untuk mencegah spyware ini dari menceroboh masuk ke peranti pengguna, Financial Times menyarankan pengguna-pengguna supaya menukar kata laluan akaun-akaun yang terlibat.

Comments

Popular Posts