Mungkin kita tidak pernah merasainya, namun lemas adalah antara salah satu jenis kematian yang sangat menyeksakan. Ia juga merupakan antara penyebab paling kerap melibatkan kematian akibat kemalangan.Ia biasanya berlaku di pantai dan laut di mana mangsa diheret arus deras serta juga berlaku di kolam renang. Akan tetapi, air bukanlah satu-satunya yang boleh menyebabkan lemas.
Ini kerana terdapat banyak lagi bahan dan cecair yang boleh menghalang pernafasan manusia yang akhirnya membawa kepada kematian.
5 tragedi lemas dahsyat yang bukan disebabkan oleh air.
Pada tahun 2002, Yoni Cordon bekerja di Kargher Corporation, kilang gula-gula yang terletak di Hatfield, Pennsylvania.
Tubuhnya ditemui tenggelam dalam tangki yang mengandungi 4,500 liter coklat cair. Platform berhampiran tangki tersebut digunakan untuk mencampurkan ramuan dan dipercayai remaja berusia 19 tahun itu sedang bekerja di platform sebelum tergelincir dan jatuh ke dalamnya.
Tiada siapa yang melihat Yani jatuh, jadi tidak diketahui berapa lama dia berada di dalam tangki coklat itu sebelum rakan sekerjanya menemui mayatnya.Dikatakan kematian Yani bukan disebabkan oleh niat jahat dan diputuskan sebagai kemalangan. Kes ini bukanlah satu-satunya kes lemas dalam coklat.Pada tahun 2009, Vincent Smith II juga jatuh ke dalam tangki coklat cair. Lelaki 29 tahun itu memegang jawatan sementara di Cocoa Services Inc. di New Jersey.Ketika kejadian, Vincent berdiri di atas platform 2.7 meter tinggi sambil menambah coklat ke dalam tangki.Tiba-tiba bilah yang digunakan untuk mencampur coklat mengenainya, sekaligus membuatkan Vincent terjatuh dalam tangki. Rakan sekerja cuba membantu tetapi Smith disahkan mati selepas berjaya ditarik keluar.
4. Lemas dalam minyak masak
Donald Boone bekerja di kilang Frito-Lay di Lubbock, Texas, selama lebih dari 6 tahun. Pada 9 Februari 2001, Donald dan pekerja lain membuat pembaikan di atas bumbung sebuah tangki setinggi 4.5 meter yang mengandungi minyak masak.
Ketika rakan sekerja Donald membongkok untuk mengambil alatan kerja, dia terlihat kaki Donald menghilang melalui lubang 0.6 meter dalam tangki.
Rakan sekerja Donald meminta pertolongan dan injap untuk melepaskan minyak di dalam tangki telah dibuka. Seorang pekerja lain cuba mencari Donald melalui bukaan bumbung tangki, tetapi apa yang dilihat hanyalah kasut Donald.Pasukan paramedik tiba dengan pantas, kira-kira 5 minit selepas Donald jatuh ke dalam tangki. Donald ditarik dari minyak dan bergegas ke bilik kecemasan, tetapi dia tidak bertindak balas terhadap ketika cuba dipulihkan.
Donald disahkan mati di hospital. Didapati bahawa kepala Donald terhantuk ketika jatuh dalam tangki tersebut yang membuatkannya tidak sedarkan diri lalu lemas dalam minyak masak.
Frito-Lay Inc. bersetuju untuk membayar RM234,000 sebagai denda atas pelanggaran keselamatan yang ditemui semasa siasatan selepas kematian Donald.
3. Jatuh dalam lubang tandas
Pada tahun 2014, Michael Komape berumur 5 tahun dan menghadiri tahun pertama sekolah rendahnya di sebuah kampung Afrika Selatan di pinggir Polokwane.
Pada 20 Januari, ibu Michael, Rosina, menerima panggilan dari guru besar sekolah rendah tersebut yang memberitahu bahawa Michael telah hilang kira-kira 2 jam.
Apabila Rosina tiba di sekolah, guru memberitahunya bahawa mereka telah mencari di semua kawasan, termasuk tandas pelajar.
Mereka juga meminta Rosina untuk menjauhi tandas. Rosina kemudian ternampak sahabat Michael, yang memberitahu dia melihat Michael jatuh ke dalam tandas.
Rosina kemudiannya memandang ke dalam tandas lubang yang diberitahu oleh rakan Michael dan melihat lengan anaknya terapung dalam kolam najis.
Rupa-rupanya, anaknya telah tenggelam dalam sisa najis manusia. Jabatan bomba menarik tubuh Michael dari lubang tersebut dan pihak sekolah segera menutup tandas pelajar.
Berhadapan dengan liabiliti lubang tandas usang yang menyebabkan kematian Michael, kerajaan kemudiannya memasang tandas baru di sekolah rendah, serta sekolah-sekolah lain di kawasan itu dalam masa beberapa minggu.
Ibu bapa dan adik-beradik Michael menyaman kerajaan negeri atas kematiannya. Keluarga Komape sedang menuntut ganti rugi kewangan disebabkan trauma serta jumlah ganti rugi perlembagaan.
Mereka juga meminta perubahan dalam keperluan keselamatan dan kebersihan sekolah serta permintaan maaf dari kerajaan kerana mengabaikan tanggungjawab mereka sehingga menyebabkan kematian Michael.
2. Tenggelam dalam asid sulfurik
Fernando Gonzalez adalah seorang pekerja di Coastal Circuits Factory di Redwood City, California. Pekerja berusia 18 tahun itu dijangka pulang awal pada pagi 23 September 2007, selepas bekerja syif lewat malam.
Apabila dia tidak pulang-pulang, bapanya, yang juga pekerja di kilang yang sama bergegas ke tempat kerja mereka untuk mencari Fernando.
Tak lama sebelum jam 2:00 pagi, bapa Fernando menemui mayat anaknya di dalam tong asid sulfurik. Laporan awal menyatakan bahawa Fernando adalah salah seorang daripada dua pekerja kilang yang bekerja pada masa itu.
Ketika itu dia ditugaskan untuk merendam papan litar di dalam asid sulfurik. Pihak berkuasa percaya bahawa asap toksik daripada bahan kimia menyebabkan Fernando tidak sedarkan diri sebelum jatuh ke dalam tangki dan lemas.
Terdapat banyak persoalan yang tak terjawab dalam insiden tersebut.
Jurucakap kilang menolak untuk menjelaskan mengapa Fernando bekerja pada waktu yang sangat lewat atau mengapa dia tidak memakai sebarang perlindungan muka ketika bekerja dengan bahan kimia.
Tidak ada penjelasan mengapa pekerja lain tidak meminta pertolongan selepas berlakunya insiden ini. Laporan akhir telah membangkitkan lebih banyak soalan berbanding jawapan.
Fernando dikatakan bekerja bersendirian ketika kemalangan itu berlaku. Di samping itu, laporan toksikologi menunjukkan bahawa Fernando tidak mengalami sebarang tindak balas terhadap bahan kimia, sebelum jatuh ke dalam tong asid sulfurik itu.
Comments
Post a Comment