Cara tukar fail PDF kepada Word guna Google Docs

Dokumen-dokumen PDF merupakan jenis dokumen yang paling kerap digunakan untuk berurusan berkaitan dokumentasi. Ia menjadi pilihan kerana mudah untuk disediakan dan dikongsikan selain dari popularitinya dikalangan pengguna-pengguna biasa.
Cuma, masalah yang sering dikaitkan dengan penggunaan PDF ini adalah kesukaran untuk melakukan suntingan pada dokumen-dokumen terbabit. Suntingan pada dokumen PDF tidak semudah melakukan suntingan pada dokumen Microsoft Word.Oleh itu, cara mudah untuk menyunting dokumen PDF adalah menukarkannya ke dokumen berformat .doc atau .docx yang boleh dibaca oleh perisian pemprosesan perkataan seperti Word, Google Docs, dan lain-lain.
Pada artikel ini, saya akan tunjukkan cara-cara mengubah dokumen PDF kepada DOC melalui Google Docs yang boleh dilakukan secara percuma.

Log masuk ke akaun Google

Pertama sekali, daftar masuk ke akaun Google anda dan pergi ke Google Docs.
Uploading-File-Google-Docs
Pada halaman Google Docs, lihat pada penjuru atas sebelah kanan anda dan klik pada ikon berbentuk folder fail untuk memuat naik fail-fail baru.

Memuat naik fail

Uploading-File-Google-Docs2
Muat naik fail-fail PDF yang anda ingin sunting dengan cara mengheretkan fail tersebut ke ruangan memuat naik atau dengan menekan butang “Select a file from your computer”.

PDF-in-Drive
Sebaik sahaja ia telah dimuat naik, fail berkenaan akan muncul pada halaman Google Drive.

Tukar PDF kepada DOC

Open-Docs-in-Drive
Klik kanan pada fail yang telah dimuat naik pada Google Drive berkenaan dan anda pilih pada ‘Open with’ dan pergi ke ‘Google Docs’.

Download-as-docx
Sebaik sahaja dokumen PDF berkenaan dibuka pada Google Docs, anda boleh memuat turunnya ke dalam format .docx dengan pergi menu ‘File’, klik pada ‘Download as’ dan pilih ‘Microsoft Word (.docx)’.

Akhir kalam

Selain dari menggunakan Google Docs untuk menukar fail PDF kepada format .doc atau .docx, anda juga boleh mencuba perisian-perisian seperti Adobe Acrobat yang juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Cuma, perisian seperti Adobe Acrobat ini adalah perisian berbayar.

Comments

Popular Posts