9 Tempat Paling Melampau Di Dunia

tempat melampau di dunia
Tak seperti planet-planet lain dalam sistem solar, Bumi mempunyai ciri-ciri yang membolehkan pelbagai hidupan wujud dan tinggal di atasnya. Namun, lokasi yang berlainan memiliki persekitaran yang berbeza dan bukan semua lokasi di Bumi yang sesuai untuk dihuni manusia.Pergerakan plat tektonik, hakisan semula jadi, pergerakan Bumi di atas paksinya dan pengelilingan Matahari menyebabkan wujudnya tempat-tempat yang tersangat ekstrem di Bumi.
Dan walaupun tempat-tempat ini memiliki ciri-ciri ekstrem, namun ia tidak menghalang manusia untuk hidup di kawasan sekitar.

9. Salar De Uyuni - Tempat paling rata melampau di dunia

salar de uyuni tempat paling rata di dunia
Salar De Uyuni adalah dataran garam terbesar di dunia, yang terletak di barat daya Bolivia.
Ia mengandungi 10 bilion tan garam di atas kawasan seluas 10,582 kilometer. Salar De Uyuni juga mengandungi logam kimia seperti Magnesium, Natrium, Potassium dan 70% daripada rizab Lithium dunia.
NASA menggunakannya sebagai objek ideal untuk menguji kedudukan satelit mereka kerana Salar De Uyuni sangat rata dan tidak bergerak.Salar De Uyuni dibentuk 40,000 tahun lalu disebabkan oleh transformasi tasik prasejarah yang dipanggil Lago Minchin.
Kerak garam Salar De Uyuni mempunyai kedalaman di antara 2 hingga 20 meter. Apabila ditutupi dengan air, Salar De Uyuni menjadi cermin semulajadi terbesar di dunia.

8. Air Terjun Angel - Air terjun paling tinggi melampau di dunia

air terjun angel paling tinggi di dunia
Air Terjun Angel di Venezuela adalah air terjun tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter.
Air terjun ini kira-kira 15 kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara. Ia terletak di Taman Negara Canaima Venezuela, taman negara terbesar di negara ini.
Air terjun ini ditemui oleh Jimmie Angel, seorang juruterbang Amerika Syarikat pada tahun 1937. Dia adalah orang pertama yang terbang di atas air terjun ini dan air terjun ini dinamakan bersempena namanya.
Semasa musim hujan, Air Terjun Angel dibahagikan kepada dua air terjun yang berasingan dan pengunjung boleh merasakan penyemburan jarak jauh dari air terjun.
Lebih menarik, semasa musim panas air dari air terjun ini tersejat sebelum mencecah tanah.

7. Pulau Tristan da Cunha - Penempatan manusia paling terpencil di dunia

tristan da cunha pulau paling terpencil di dunia yang dihuni manusia
Tristan da Cunha adalah sekumpulan pulau gunung berapi yang terletak di lautan Atlantik Selatan.
Pulau utama dalam kumpulan ini yang juga dikenali sebagai Tristan da Cunha, satu-satunya pulau yang boleh dihuni di kepulaun ini.
Pulau terpencil ini adalah sebahagian daripada wilayah Inggeris di luar negara. Sehingga tahun 2009, jumlah penduduk Tristan da Cunha hanyalah 275 orang.
Semua tanah pulau ini dimiliki secara bersama dan orang luar tidak boleh membeli tanah di Tristan da Cunha.
Ekonomi Tristan da Cunha adalah berdasarkan kepada pertanian dan penangkapan ikan. Mereka juga menjalankan industri pelancongan kecil di pulau itu.

6. Dallol - Tempat tinggal komuniti manusia paling panas melampau di dunia

dallol tempat paling panas di dunia yang dihuni manusia
Dallol yang terletak di Ethiopia Utara adalah tempat yang paling panas di dunia yang mempunyai penghuni.
Antara tahun 1960 dan 1966, rekod suhu malam yang tertinggi iaitu 35°C untuk tempat yang didiami manusia adalah di Dallol.
Suhu siang hari di Dallol mempu mencecah sehingga 46°C setiap hari.Selain daripada Matahari, asid mendidih dari mata air panas dan ekzos semula jadi oleh gas bumi menjadikan Dallol sebagai tempat panas yang dihuni manusia di dunia.

5. Gurun Atacama - Tempat paling kering melampau di dunia 

gurun atacama tempat paling kering di dunia
Gurun Atacama membentang lebih 1,000 kilometer di pantai Pasifik Amerika Selatan. Ia adalah tempat bukan kutub yang paling kering di Bumi.
Suhu di padang pasir Atacama berkisar antara 0 hingga 25°C. Curahan hujan tahunan di padang pasir ini adalah kurang daripada 1mm / tahun dan 50 kali kering berbanding Death Valley di Amerika Syarikat.
Tanah gurun ini juga mengandungi sedikit bahan organik dan pada masa yang sama, kehadiran bahan kimia pengoksidaan bukan biologi juga terdapat di sini.

4. Oymyakon - Penempatan paling sejuk melampau di dunia

oymyakon tempat paling sejuk di dunia yang dihuni manusia
Bandar terpencil Oymyakon di timur laut Rusia adalah tempat yang paling sejuk di dunia yang dihuni manusia.
Suhu paling sejuk dicatatkan di Oymyakon adalah -67.7°C dan merupakan rekod suhu terendah di mana-mana tempat yang dihuni di dunia.Oleh sebab ini, Oymyakon juga dipanggil sebagai kutub utara yang tersangat sejuk.
Gunung di sekeliling bandar Oymyakon menyebabkan kolam udara sejuk terbentuk di dalam lembah ini. Suhu purata di Oymyakon untuk bulan Januari, Februari dan Mac adalah -50°C.

3. Gunung Thor – Tebing paling curam melampau di dunia

gunung thor
Gunung Thor yang juga dikenali sebagai Thor Peak terletak di Pulau Baffin Nunavut, Kanada.
Ia adalah sebahagian daripada gunung Baffin yang diperbuat daripada granit. Gunung Thor adalah tebing paling curam di dunia dengan dengan jatuhan menegak tertinggi di dunia.
Jatuhan di Gunung Thor berukuran 1,250 meter dan mempunyai sudut dalaman 105°, menjadikannya ia lebih tergantung sekaligus membuatkan Gunung Thor sebagai destinasi popular untuk pendaki gunung.

2. Laut Mati - Titik paling rendah melampau di permukaan bumi

laut mati
Laut mati juga dikenali sebagai laut garam yang terletak di sempadan Jordan dan Israel. Permukaan tasik yang kaya dengan garam ini terletak 423 meter di bawah paras laut menjadikannya sebagai titik terendah di permukaan Bumi.Ia adalah salah satu daripada kawasan air yang paling masin di dunia dengan 34.2% kemasinan. Tasik tersangat masin ini mempunyai kedalaman 377 meter, mengandungi kepekatan mineral yang tinggi.
Kepekatan garam yang luar biasa juga membolehkan pengunjung terapung di laut mati. Kemasinan yang tinggi di laut mati juga menjadikan persekitaran yang keras di mana haiwan tidak boleh bertahan.

1. Jurang mariana - Titik paling dalam melampau di Bumi

jurang mariana 347
Deep Challenger adalah titik terdalam di Bumi dengan kedalaman 11.2 kilometer. Ia terletak di Jurang Mariana, jurang sepanjang 2,550 kilometer di lautan Pasifik Barat.
Malah, Deep Challenger adalah jauh lebih dalam berbanding ketinggian Gunung Everest. Challenger deep dinamakan bersempena kapal tinjauan HMS Challenger, yang menghasilkan rakaman pertama tentang kedalamannya.
Jurang Mariana adalah sebahagian daripada salah satu kerak lautan tertua yang berusia sekitar 180 juta tahun.
Ekspedisi menuruni jurang ini yang pertama berjaya dilakukan adalah oleh kapal "bathyscape trieste", oleh Tentera Laut AS Leftenan Don Walsh dan saintis Switzerland, Jacques Piccard.Ekspedisi kedua yang berjaya menuruni jurang ini dilakukan oleh pengarah filem Kanada, James Cameroon pada tahun 2012.

Comments

Popular Posts