Apa akan jadi jika komputer langsung tak pernah Shutdown?

Komputer hari ini menawarkan pelbagai pilihan untuk pengguna apa yang komputer lakukan sewaktu pengguna tidak memakainya. Pilihan seperti ‘shutdown’, ‘sleep’ dan ‘hibernation’ merupakan sebahagian daripada fungsi disediakan pada komputer sejak sekian lama. Sesetengah sistem operasi hari ini turut memberikan pilihan ekstra seperti ‘hybrid sleep’ (tidur hibrid?).
Tapi, apa pilihan terbaik yang perlu kita lakukan pada komputer kita sewaktu ianya tidak digunakan? Apa fungsinya ikon ‘shutdown’ jika sistem komputer anda sendiri boleh berada di dalam mod hibernasi?Ia bergantung keperluan dan keadaan semasa penggunaan komputer itu sendiri juga sebenarnya dan persoalan yang penting;

Apa yang akan terjadi jika aku langsung tak pernah tutup komputer aku?

Sistem operasi hari ini direka agar ianya boleh bertahan dalam jangka masa yang amat lama walaupun komputer telah di’on’kan untuk satu jangka tempoh yang lama. Untuk berhari-hari misalnya.
Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian jika anda adalah spesis yang malas nak tutup komputer. Terutamanya komputer pejabat korang. Antaranya;

Isu perisian

Perisian-perisian yang anda pasang pada komputer anda pada kebiasaannya akan mengumpulkan maklumat-maklumat tertentu pada RAM agar ianya dapat digunakan dengan lebih lancar. Lama-kelamaan, maklumat berkenaan dihimpunkan hingga menjadi beban buat PC.
Hal ini menyebabkan komputer anda menjadi agak lembab disebabkan RAM anda digunakan untuk menyimpan maklumat berkenaan perisian-perisian yang anda gunakan. Untuk memulihkannya, anda perlu menutup komputer untuk ‘membuang’ data-data tersebut.Perkara ini berbeza di antara komputer desktop dengan komputer pelayan, di mana komputer pelayan mampu bertahan untuk jangka masa yang jauh lebih lama berbanding desktop. Tambahan pula, sistem operasi pelayan telah dilakukan ‘pra-optimasi’ bagi membolehkannya beroperasi dengan lebih lama tanpa sebarang masalah.

Masalah perkakasan

Gabungan perkakasan-perkakasan di dalam sistem komputer yang lengkap tidak dapat lari dari ‘had umur’. Jika jangka hayatnya sudah sampai, maka ‘kojol’ lah ia dan perlu digantikan dengan yang baru.
Oleh itu, jika anda malas nak tutup komputer, ia sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap jangka hayat perkakasan anda walaupun sistem operasi anda tiada masalah jika tidak ditutup. Lagipun, anda perlu risaukan juga tentang bil elektrik yang tetap ‘berjalan’ walaupun komputer desktop anda dalam mod ‘tidur’ atau ‘hibernasi’. Hal ini berbeza dengan laptop yang mana ia tidak menggunakan langsung tenaga elektrik sewaktu di dalam mod hibernasi. Topik ini kita akan bincangkan satu ketika nanti.

Jadi, komputer ni patut aku shutdown, hibernate atau sleep?

Ringkasnya, komputer hari ini sememangnya mampu dihidupkan berhari-hari tanpa perlu dimatikan. Kalau ‘restart’ sendiri pun, selalunya disebabkan proses kemaskini sistem operasi itu sendiri seperti yang kerap dibuat oleh Windows 10.
Kalau komputer anda asyik ‘termati’ sendiri atau kerap ‘restart’ ada kemungkinan sama ada serangan virus mahupun perkakasan anda itu sudah terlalu uzur dan mungkin juga perlu dinaiktaraf.Apa pun, ia semua bergantung dengan keperluan semasa anda juga sebagai pengguna komputer yang bijak. Kalau kerja korang yang berkaitan dengan komputer ni memang berlambak dan setiap hari nak pakai, tak perlu la kot nak shutdown berkali-kali dalam sehari tu. ‘Sleep’ atau ‘Hibernate’ pun ok jugak, dapat jimat masa waktu nak on semula komputer dan tempo kerja korang pun tak lah terganggu.

Comments

Popular Posts